Allah The Greatest

Allah The Greatest

Thursday, January 9, 2014

PENCETUS UMMAH [Final]

Assalamualaikum wbt .

Hello there . Salam Jumaat semuaa . 

semalam final Mimbar Pencetus Ummah . mungkin yang tiada channel oasis di rumah , tak tahu rancangan apa tuu .

Let me explain sikit laa :

Pencetus Ummah merupakan program realiti Islamik mencari bakat penceramah 'versatil' .  Rancangan ini sangat menarik mira rasa sebab program ni mendapat sambutan amat memberansangkan . semalam perhh penuh dewan , sampai kat luar pun penuh .

Slogan program ini :

" Duniaku Dakwahku"

Kita semua ni khalifah di muka bumi ALLAH . kita mempunyai tanggungjawab masing2 . tanggungjawab kita ialah menegakkan agama Allah 

Sabda Rasulullah SAW : Sampaikanlah dakwah  dariku walaupun sepotong ayat 

Semalam (hanya beberapa keping gambar ja ) :


Cinta Rasulullah Kehidupan Rasulullah sehingga kewafatannya merupakan tajuk kedua tazkirah #PencetusUmmah Hafiz.
Sebuah tazkirah yang sangat menyentuh hati :')

TAHNIAH KEPADA PU HAFIZ kerana menjadi  JUARA MIMBAR PENCETUS UMMAH musim pertama 


Jika benar cinta kenapa kita jauh kepada pencipta.." Cinta : Kekasih Vs Maha Pengasih tajuk tazkirah #PencetusUmmah Rahmat dan pilihan daripada Dr. Robiah K. Hamzah

'jika benar ia cinta kenapa perlu ke neraka?' "cinta itu tidak salah tetapi jika cinta hinnga kemaksiatan baik haramkan terus cinta ni""berapa banyak anak luar nikah di sana , dalam sehari , sebulan , stahun? (mira tak ingat)

Tahniah kepada PU Rahmat walaupun no 4 . umurnyaa masih muda dan perjalanannya sebagai Daie masih panjang . PU rahmat sudah menjadi ikon kepada anak muda . kagum dengan ilmunya dan persembahannya walaupun masih muda


PU Shahul dengan tazkirah pilihan pendakwah daripada Prof. Izzi Hj. Ali dengan tajuknya Ibu Bapa Hebat : Anak Keparat.


"Kenapa doa aku tak maqbul" tajuk tazkirah#PencetusUmmah Yeop dan merupakan tajuk pilihan pendakwah daripada Ustaz Syed Norhisyam. Sebuah tazkirah yang menarik disampaikan oleh beliau.


Penampilan tazkirah istimewa daripada Ustaz Dr. Ridhuan Tee Abdullah. Sungguh indah dan menginsafi diri. Syabas. #PencetusUmmah

Persembahan oleh Dr Ridhuan Tee Abdullah sangat meyentuh hati . Beliau menceritakan arwah ibunya yang belum sempat memeluk ISLAM . Ibu yang mengandungkan kita , melahirkan kita , menjaga kita dan menyusukan kita . Siapa tidak mahu bersama - sama ibu di syurga ? dengan tangisan Dr Ridhuan sangat mengusik hati mira dan menusuk kalbu . waktu saat2 terakhir ibunya , beliau sempat membisikkan di telinga arwah ibu beliau untuk menyebut kalimah Allah ' Lailahailallah Muhammadurasulullah"  tetapi beliau tidak dengar juga kalimah itu . Allahu :'( 

(sila tekan)

 nak tambah lagi ,
semalam mira cakap telefon dgn kawan bila dah habis Mimbar Pencetus Ummah . amboii , dengar gelak tawa diaaa jaaa . rindu la tuu kann , ngaku cepat yah , rindu kat aku kan ? hehe . Lama tak cakap lama-2 dgn dia , semalam dapat juga lepas kan rindu ni (jangan perasan pulak yer yah) , dalam sejam ada laa juga Call aku selalu yer yah ! ;)


No comments: