Allah The Greatest

Allah The Greatest

Monday, January 13, 2014

Sanah helwah : THE BEST OF MANKIND




Assalamualaikum wbt .

Harini hari apaa ? HARI CUTI ! yaaa , mostly org suka harini sebab hari ni hari cuti kan .
tapi kita kena ingat hari ni di mana lahirnya seorang Insan yang mulia iaitu Nabi kita , Nabi Muhammad s.a.w .Tanpa baginda , mungkin tiada agama kita pada hari ini , agama yang muliaaaa iaitu agama Islam .

Kelahiran baginda sungguh istimewa ,

Sebelum nabi lahir lagi , Nabi Isa sudah tahu akan kelahiran Nabi Muhammad walaupun pada waktu tu Muhammad belum dikandung lagi oleh ibunya.

Banyak keajaiban yang berlaku sewaktu Nabi Muhammad dilahirkan , Mira share sikit la misalnya :



  • ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu surga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

  • Tanah-tanah di sekitar kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon menjadi rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga hewan-hewan di darat dan di laut sibuk membicarakannya.

  •  Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menengadahkan tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata, "Kabar bahagia untuk Saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad."

Semasa kelahiran Nabi Muhammad saw, Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Ini merupakan satu isyarat bahwa Nabi Muhammad lebih tinggi derajatnya dari Nabi Isa dan Musa.

Hal ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahwa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

  • Semasa beliau Nabi dilahirkan, ibunya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh beliau. Cahaya tersebut bersinar sampai ke Istana Busra di Syria.

Cahaya itu terlihat seolah-olah anak panah dan pelangi yang dapat terlihat dari kota-kota yang jauh.

Ada juga yang berpendapat bahwa cahaya itu menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahwa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah saat beliau Nabi dilahirkan.

  • Aminah sendiri melihat beliau Nabi berbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

  • Kemudian Aminah melihat awan turun menyelimuti beliau dan pula mendengar sebuah seruan, "Bimbinglah ia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu, dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik."

  • Sesudah itu awan tersebut lenyap dari pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan Nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya dari semua makhluk.

  • Dikatakan juga pada malam kelahiran beliau, berhala-berhala yang terdapat di Ka'bah mengalami kehancuran.

Menurut riwayat dari Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Ka'bah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Ka'bah berkata, 'Telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku dari berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan kepada Yang Mahamengetahui.'"

  • api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

  • Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran Nabi, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.


Okay , Wallahualam . Ini sumber yang mira ambil untuk share .

Based dengan atas tu , kita boleh tahu betapa agungnya Nabi Muhammad s.a.w.Subhanallah .Kita hanya insan yang lemah 

Bagaimana cara kita untuk menunjukkan rasa cinta kita kepada baginda ? 
Kenapa kita terlalu sombong untuk berselawat kepada baginda ? 

jika kita masih hidup pada zaman dahulu , Nabi telah menghadapi pelbagai cacian ,tomahan , ujian semata mata dalam menegakkan agama kita ni , tapi baginda tidak pernah berdendam kepada umat dahulu yang tidak menerima Islam dan mencaci Baginda malah tetap meneruskan perjuangan ini .

Di akhirat kelak Nabi Muhammad la yang paling sibuk untuk menolong kita iaitu umatnya di sana nanti . :'(

Antara cara yang mudah untuk menunjukkn rasa cinta dan sayangnya kita kepada Nabi Muhammad s.a.w :



1. Banyakkan berselawat .
sekarang ni banyak nasyid yang best2 tentang berselawat kepada nabi . Misalnya lagu ' Ya hanana ' 'Rasul terakhir ' 'nyanyian Nadawarna' n banyak lagi . Setiap tahun kalau mira masih bersekolah , minggu Maulidur Rasul , pelbagai aktiviti akan diadakan , macam , pertandingan , nasyid , dan ceramah sempena Maulidur Rasul . Allah , tringat waktu mira nyanyi dengan kawan untuk berselawat kepada Nabi di dewan Az Zahra :'(

2. Hidupkan semula Sunnah Nabi Muhammad s.a.w kita .

banyak sunnah Rasulullah sebenarnya . kekadang apa yang korang tengah amalkan sekarang tanpa korang sedari , itu merupakan sunnah  . Banyak yang mudah boleh kita amalkan .


3. Sesiapa berpeluang pergi ke Mekah dan Madinah . Makam Nabi Muhammad merupakan tempat wajib diziarahi . Kita disunnahkan memberikan salam kepada baginda.

Seperti disebutkan dalam suatu hadis bahawa Rasulullah akan menjawaba setiap salam orang yang memberi salam kepadanya .

Allah :)

Semoga kita akan mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak . Ameen :)

Salam Maulidur Rasul !



No comments: